Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jawapan:Perihal inai bagi pengantin perempuan

Go down

Jawapan:Perihal inai bagi pengantin perempuan Empty Jawapan:Perihal inai bagi pengantin perempuan

Post by Akhi_Kemal Fri Jun 13, 2014 9:11 pm

Pada Asalnya inai merupakan perhiasan wanita dan hukum memakainya adalah Harus.Namun begitu,hukum pemakaian inai mampu berubah berdasarkan waktu dan keadaan.

Berkenaan waktu ketika berkahwin...kebiasaan zaman sekarang mereka meletakkan ataupun mengukir pelbagai corak2 kesenian dan lain2..Hal ini amat membumbangkan kerana berkata Syeikh Yusuf al-Ardibili dalam kitabnya “al-Anwar li A’mal al-Abrar" “Jika seorang wanita hendak mewarnai dua tangannya, hendaklah ia mewarnai keseluruhan dua tangannya dengan pewarna. Tidak disunatkan baginya membuat lukisan/ukiran, begitu juga mewarnakan dengan hitam, mewarnakan sebahagian jari sahaja dan memerahkan pipi. Malah diharamkan setiap satu dari perbuatan-perbuatan tersebut ke atas wanita bujang (yakni tidak bersuami) dan juga wanita bersuami jika tidak diizinkan suaminya”.Pendapat ini diperkuatkan lagi dengan hadis perihal meniru budaya luar kerana ini bukanlah budaya asal Islam.Hal ini disokong juga oleh Ibn Hajar


Jika hanya sekadar mencelup dan menginaikan keseluruhan kuku dan jari..maka ini dibenarkan dalam syarak.Seperti kata PU Rahmat "Islam meraikan sifat kecantikan dan kekemasan".Tapi harus berwaspada,walaupun inai dibenarkan dan disunatkan bagi wanita yang sudah berkahwin,kita kena lah jaga adab dan tata susila kita kepada tetamu,lebih2 lagi yang ajnabi dan asing.Hal ini harus dititikberatkan.


Muzakarah fatwa Malaysia telah bersidang pada 2 Oktober 2009 dan berpendapat bahawa pemakaian inai dibenarkan tapi dalam kadar tertentu(sehingga pergelangan),warna (Hitam dimakruh/haram) dan tiada bentuk ukiran.Ianya juga tidak seharusnya bersifat kekal dan berjisin (mampu menghalangi air).


Bagi lelaki pula,jelas ternyata haram seperti dinyatakan hadis di bawah 


"Daripada Anas dia berkata: "Bahawa Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam melarang kaum lelaki memakai za'faran (kuma-kuma)."



Kuma2 adalah sejenis tumbuhan yg berwarna dan berbau digunakan sebagai inai pada zaman nabi.Larangan ini dikuatkan lagi dgn riwayat Bukhari Muslim perihal lelaki menyerupai wanita.Diharuskan hanya ketika keadaan berubat seperti dinyatakan oleh hadis riwayat Abu Daud.


Konklusinya,pemakaian inai dibenarkan dari segi syarak mazhab syafie..namun begitu..pengantin haruslah berwaspada kerana perhiasan isteri hanya disunatkan terhadap suami dan bukan ajnabi..Wallahualam
Akhi_Kemal
Akhi_Kemal
Global Mod
Global Mod

El Ghuraba
Gender : Male
Join date : 19/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum