Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

3 posters

Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by Akhi_Kemal Tue Mar 25, 2014 11:19 am

hukumnya sunat kalau si suami yg nak Smile mcm biase deh..hahaha

kalau dok lelaki ajnabi yg kat luar yg kebiasaannya dilakukan di sidang media seperti nasyid dan tilawah sbgainya...terdapat dua khilaf
Pendapat pertama diutarakan olen Ibn Athir dan ulama sekutu dgnnya...mereka beranggapan haram...dalil mereka adalah berdasarkan firman  Allah SWT yang  memberi amaran kepada kita tentang suara wanita(bermaksud):

“Maka janganlah kamu wahai wanita, merendahkan (melunakkan) suaramu maka dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)

Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini
Imam As-Suddi berkata : Ini bermaksud kaum wanita tidak boleh melunakkan suaranya (lembut  dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki.

Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat (Tafsir Ibn Kathir, Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran)
Yang dilembutkan dengan sengaja, dimanjakan dan dimerdukan. Ianya adalah diharamkan untuk diperdengarkan kepada khalayak lelaki secara Ijma' selama-lamanya. ( An-Nihayah, Ibn Athir) 



pendapat kedua pula mengatakan harus.

Ini adalah pandangan Dr. Yusuf Al Qardhawi dan Dr. Abdul Karim Zaidan di mana mereka berdua menyatakan harus wanita menyanyi di khalayak ramai asalkan mereka menjaga adab-adab iaitu menutup aurat dan tidak menggerakkan badan yang boleh mendatangkan fitnah.Tapi ramai fuqaha berpendapat bahawa pendapat ini sngt lemah...
Hujah mereka ialah Nabi saw pernah membiarkan hamba wanita menyanyi sedangkan pada masa itu Abu Bakar r.a menegur Aisyah dengan berkata, suara syaitan apa ini?  Namun Nabi  SAW membiarkan sahaja Aisyah menonton persembahan itu tanpa melarangnya. Ini menunjukkan Nabi SAW membenarkan wanita menyanyi di khalayak masyarakat.

perlu diketahui bahawa yg berdasarkan hadis ini..ianya adalah seorg wanita hamba sahaya yg ketika waktu itu zaman arab terdapat status quo yg besar...dan ketika dipersoalkan tentang hamba itu..ulama mengatakan bahawa hamba itu dlm lingkungan lewat 45-an..bermakna tua dan tidak menarik(berdasarkan mata seorg pemuda)



konklusinga terdapat dua pendapat dan kita boleh raikan pendapat keduanya mengikut tempat dan suasana..adalah lebih elok kalau kita mengelak dri fitnah terbesar dunia seperti yg dinyatakan rasulullah...



Saya memetik pandangan seorang ulama’:

”Dalam konteks dakwah, ada ulama’ yang berpandangan tidak salahnya kalau dibenarkan wanita berdakyah di khalayak ramai. Kerana dibimbangi sekiranya kita terlalu ‘ketat’ dalam masalah begini maka ia akan merugikan Islam dan dakwah Islam sekaligus menjadikan Islam kelihatan bukan satu Ad Din yang meraikan naluri manusia dengan memandu naluri manusia mengikut acuan Islam.
Naluri manusia terutama anak muda ialah mereka mahukan hiburan. Jadi kita kena kemukakan bentuk hiburan mengikut acuan Islam. Jangan kita asyik bantah dan sekat program hiburan.
Kita hendaklah memandu bukannya menghukum. Kita kena bawa Islam kepada masyarakat mengikut kemampuan mereka dengan mengambil kira kelemahan umat di akhir zaman ini”.

Demikian pendapat seorang ulama’ kita.


Last edited by Akhi_Kemal on Fri Apr 04, 2014 2:29 pm; edited 2 times in total
Akhi_Kemal
Akhi_Kemal
Global Mod
Global Mod

El Ghuraba
Gender : Male
Join date : 19/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by Ukhti Mawar Wed Mar 26, 2014 8:43 am

wah syukran! jazakallah khair akhi Smile
Ukhti Mawar
Ukhti Mawar

Mar'ah Solehah
Gender : Female
Join date : 25/03/2014
Posts : 3
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by Akhi_Kemal Wed Mar 26, 2014 7:06 pm

^^ afwan..happy to be of service
Akhi_Kemal
Akhi_Kemal
Global Mod
Global Mod

El Ghuraba
Gender : Male
Join date : 19/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by alFaqir Mizie786 Fri Apr 04, 2014 5:36 am

ulama berpendapat bahawa
suara wanita bukanlah termasuk dalam aurat seperti
mana aurat-aurat yang lain. Dalilnya:
ﺃﻥَّ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ـ ﺻﻠَّﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠَّﻢ ـ ﻗﺎﻝ : "ﻳﺎ
ﻣﻌﺸﺮ ﺍﻟﻨﺴﺎﺀ ﺗﺼﺪﻗﻦ ﻭﺃﻛﺜﺮﻥ ﺍﻻﺳﺘﻐﻔﺎﺭ؛ ﻓﺈﻧِّﻲ
ﺭﺃﻳﺘﻜﻦَّ ﺃﻛﺜﺮ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ، ﻓﻘﺎﻟﺖ ﺍﻣﺮﺃﺓ ﺟﺰﻟﺔ ﻣﻨﻬﻦَّ: ﻭﻣﺎ
ﻟﻨﺎ ﻳﺎ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺃﻛﺜﺮ ﺃﻫﻞ ﺍﻟﻨﺎﺭ؟ ﻓﻘﺎﻝ: ﺗﻜﺜﺮﻥ
ﺍﻟﻠﻌﻦ، ﻭﺗﻜﻔﺮﻥ ﺍﻟﻌﺸﻴﺮ "..
Ertinya : Sesungguhnya Rasulullah SAW berkata : wahai
seluruh kaum wanita, bersedeqah dan banyakkan
istighfar, sesungguhnya aku melihat wanita adalah
majority ahli neraka. Maka berkatalah seorang wanita :
Mengapa kami menjadi majority ahli neraka ya
Rasulullah? : rasul menjawab : wanita banyak yang
melaknati dan mencela orang lain serta mengingkari
kebaikan suaminya.." (Riwayat Muslim)
Namun, hukum ini boleh berubah menjadi aurat
apabila suara tersebut mampu menggugat iman lelaki
walaupun suara itu digunakan ketika bermesyuarat
atau bualan biasa di kalangan umum. Allah juga
melarang wanita melembutkan suara mereka, sebagai
mana firman Allah di dalam al-Quran:
ﻓَﻼَ ﺗَﺨْﻀَﻌْﻦَ ﺑِﺎﻟْﻘَﻮْﻝِ ﻓَﻴَﻄْﻤَﻊَ ﺍﻟَّﺬِﻯ ﻓِﻰ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣَﺮَﺽٌ
ﻭَﻗُﻠْﻦَ ﻗَﻮْﻻً ﻣَّﻌْﺮُﻭﻓﺎً
Ertinya : Maka janganlah kamu wahai wanita,
merendahkan (melembutkan) suaramu maka
dibimbangi orang yang berpenyakit di hatinya
beringinan jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya
dengan kata-kata yang baik ( kandngan dan
tatacaranya)" (Al-Ahzab : 32)
Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang
dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-
kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan
dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram)
tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-
Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )
Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud
larangan kepada kaum wanita menipiskan
suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila
bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi
pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan
menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli
maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-
Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177)
Berdasarkan dalil ini, apa yang boleh disimpulkan
adalah nasyid wanita juga tergolong dalam bab yang
diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan
kepada lelaki yang bukan mahram. Namun, harus jika
diperdengarkan kepada wanita sahaja ataupun kanak-
kanak.
Sebagai kesimpulan dengan penjelasan di atas, suara
wanita masih dianggap aurat kecuali dalam keadaan
keperluan tertentu. Wanita boleh bersuara di khalayak
ramai tetapi perlu mematuhi beberapa panduan:
1. Menggunakan suara semula jadi dengan lebih tegas
dan elakkan suara merayu-rayu dan mendayu-
dayu. Ini termasuklah wanita dalam berdakwah,
perlu gunakan suara asal yang tegas jika
dipertontonkan kepada orang ramai termasuk
lelaki ajnabi. Haram melunakkan suara dalam apa
jua situasi seperti yang ditegaskan Allah dalam
Surah al-Ahzab ayat 32.
2. Bersuara hanya ketika perlu. Elakkan daripada
banyak bicara kerana boleh mengundang fitnah.
Nyanyian suara wanita adalah ditegah dalam Islam.
Oleh itu, lelaki yang mendengar nyanyian suara
wanita juga haram hukumnya.
Hadis Nabi s.a.w
"Sesunguhnya akan ada umatku yang minum
arak yang mereka namakan dengan nama
selainnya dan kepala mereka dilalaikan oleh
bunyi-bunyian muzik dan penyanyi perempuan,
maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke
dalam bumi." (Hadis Riwayat Ibnu Majah)
Suara Wanita Ketika Beribadah
1) Ingin Menegur Imam semasa solat,
Jika kaum wanita ingin menegur imam lelaki yang
tersilap bacaan atau terlupa rakaat dan lainnya. Nabi
SAW hanya membenar para wanita mengingatkan imam
dengan menggunakan tepukan sahaja.
Hadithnya :-
ﻓﻘﺎﻝ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻣﺎ ﻟﻲ
ﺭﺃﻳﺘﻜﻢ ﺃﻛﺜﺮﺗﻢ ﺍﻟﺘﺼﻔﻴﻖ ﻣﻦ ﺭﺍﺑﻪ ﺷﻲﺀ ﻓﻲ
ﺻﻼﺗﻪ ﻓﻠﻴﺴﺒﺢ ﻓﺈﻧﻪ ﺇﺫﺍ ﺳﺒﺢ ﺍﻟﺘﻔﺖ ﺇﻟﻴﻪ
ﻭﺇﻧﻤﺎ ﺍﻟﺘﺼﻔﻴﻖ ﻟﻠﻨﺴﺎﺀ "
Ertinya : Berkata Rasulullah SAW , mengapa aku melihat
kamu banyak bertepuk apabila ragu-ragu (waswas)
dalam sesuatu perkara semasa solatnya. Hendaklah
kamu ( lelaki ) bertasbih dan sesungguhnya tepukan itu
hanya untuk wanita" ( Riwayat Al-Bukhari, no 652)
Arahan nabi untuk wanita bertepuk bagi membantu
imam itu adalah bagi menjaga suaranya dari
memesongkan orang lelaki yang sedang solat (Faidhul
qadir, 3/281 ; Al-hawi al-Kabir, 9/17)
2) Wanita dan azan
Imam al-Jassas ketika mentafsirkan ayat dari surah al-
ahzab tadi menyebut bahawa ayat ini memberi hukum
bahawa wanita dilarang dari melaungkan azan
terutamanya jika kemerduan suaranya dijangka mampu
mengelodak hati sang lelaki ( Ahkam al-Quran, 5/229
dengan pindaan ringkas)
Demikian juga pandangan mazhab Syafie dan hanbali,
dan tidak diketahui ada yang bercanggah pendapat
dalam hal ini , kata Imam Ibn Quddamah, ( Al-Mughni,
2/68 )
3) Wanita menjadi imam solat kepada wanita lain
atau ketika solat jahar.
Sudah tentu wanita harus untuk menjadi imam kepada
wanita lain, tetapi mereka tidak dibenarkan
mengeraskan bacaan quran mereka jika di tempat itu
terdapatnya para lelaki yang bukan mahramnya. ( Al-
Mughni , Ibn Quddamah)
Imam Ibn Hajar berkata : "jika dikatakan bahawa
sekiranya wanita menguatkan bacaannya di ketika solat
maka solatnya batal, adalah satu pendapat yang ada
asasnya" (Fath Al-Bari, 9/509 )
Jelas bahawa suara wanita yang dilagukan atau dalam
keadaan biasa apabila melibatkan soal ibadah
hukumnya dilihat semakin ketat kerana dibimbangi
menggangu ibadah wanita itu terbawa kepada
kerosakan kaum lelaki yang lemah ini. Kerana itu
disebutkan
ﻓﺮﻉ : ﺻﺮّﺡ ﻓﻲ ﺍﻟﻨﻮﺍﺯﻝ ﺑﺄﻥّ ﻧﻐﻤﺔ ﺍﻟﻤﺮﺃﺓ ﻋﻮﺭﺓ .. ﻭﻟﻬﺬﺍ
ﻗﺎﻝ ﻋﻠﻴﻪ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﻭﺍﻟﺴﻼﻡ : ) ﺍﻟﺘﺴﺒﻴﺢ ﻟﻠﺮﺟﺎﻝ
ﻭﺍﻟﺘﺼﻔﻴﻖ ﻟﻠﻨﺴﺎﺀ ، ﻓﻼ ﻳﺤﺴﻦ ﺃﻥ ﻳﺴﻤﻌﻬﺎ
ﺍﻟﺮﺟﻞ . )
Ertinya : Ditegaskan bahawa suara wanita yang
dilagukan adalah aurat ..kerana itu Nabi SAW
bersabda : Sesungguhnya tasbih untuk lelaki , dan
tepukan khas untuk wanita, maka tiada harus didengari
‘tasbih' wanita oleh si lelaki" ( Syarh Fath Al-Qadir,
1/206 )
4) Suara wanita dan talbiah Haji
Ijma ulama bahawa wanita tidak mengangkat suaranya
kecuali hanya setakat didengari olehnya sahaja,
demikian pendapat Ato', Imam Malik, Syafie, Hanafi
Awzaie ( AL-Um, 2/156 ; Al-MUghni , Ibn Quddamah,
5/16 )
Kesimpulannya:
Suara wanita adalah aurat jika
melibatkan lelaki ajnabi di khalayak
umum.
HARAM melunakkan suara di khalayak
ramai.
Suara wanita menjadi tidak aurat
dihadapan suami.
Haram wanita bernasyid dan bernyanyi
dikhalayak umum.
Haram lelaki yang mendengar lagu
dendangan wanita.
Wanita perlu keraskan suara (tegas)
ketika berbicara di hadapan orang
ramai yang bercampur lelaki dan
wanita untuk mengelakkan fitnah.
Jadi, bagi yang bekerjaya sbg guru,
pemberita, penyampai radio dan
sebagainya yang melibatkan khalayak
umum wajib gunakan suara asal dan
tidak boleh melunakkan suara
termasuklah dalam berdakwah dan
menyampaikan ilmu.
alFaqir Mizie786
alFaqir Mizie786

Hamba Faqir
Gender : Male
Join date : 20/03/2014
Posts : 10
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by alFaqir Mizie786 Fri Apr 04, 2014 5:38 am

mngenai pndapt yg ada d berikn di atas ini ada pndapat terkuat berkenaan melunak suara..
alFaqir Mizie786
alFaqir Mizie786

Hamba Faqir
Gender : Male
Join date : 20/03/2014
Posts : 10
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by Akhi_Kemal Fri Apr 04, 2014 2:23 pm

berkenaan "kata2 ulama"...itu mengenai hiburan dalam islam..dan ekspresi beliau terhadap hiburan dalam islam....  pale tpi cheq ader "misquote" 
asif deh...ada minor error dlm text cheq...thnx for the enlightment.. ^^ harap diampunkan...cheq dah perbaiki kesilapan...jazakallahukhair
Akhi_Kemal
Akhi_Kemal
Global Mod
Global Mod

El Ghuraba
Gender : Male
Join date : 19/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita Empty Re: Jawapan : soalan perihal taranum Al Quran bagi wanita

Post by Sponsored content


Sponsored content


Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum