Baca Dahulu Baru Bagi Tajuk ;)

View previous topic View next topic Go down

Baca Dahulu Baru Bagi Tajuk ;)

Post by fadzilmashor on Mon Mar 24, 2014 8:40 pm

Assalaamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,
Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayidina Muhammad,
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana masih diberi kesempatan kepada saya untuk mencoretkan sesuatu di laman ini pada hari ini. Harapan saya semoga sahabat semua sentiasa sihat wal’afiat dan berbahagia bersama keluaraga/orang tersayang ,   Amin Ya Rabb

Bismillahirahmanirrahim,
Kadang-kadang kita lupa yang manusia punya hati, Kadang-kadang kita lupa yang manusia mudah disakiti, Kadang-kadang kita lupa yang luka manusia sukar diubati ,

kerana
Kadang-kadang inilah yang menyebabkan Kita suka menyakiti , Kita suka menindasi , Kita alpa dengan perkara yang Hakiki , Kita alpa dengan percaturan yang Allah beri ,

Dan disebabkan kadang-kadang jugalah kita selalu melakukan perkara yang sama dan berulang kali walaupun kita sudah sedari kepahitannya. Kita selalu melakukan kesilapan yang sama yang sama yang sama .Walaupun kita tahu ia boleh menjarakkan hubungan kita yang sedang terbina kerana Kadang-kadang kita rasa kita berada di tempat yang sebetulnya dan Kadang-kadang kita rasa yang kita sudah cukup yang terbaik untuk segalanya dan Kadang-kadang kita raa yang kita lebih tahu segalanya berbanding orang lain .

kerana
Kadang-kadang inilah yang meyebabkan

Kita menutup peluang orang lain untuk berbicara untuk berikan pendapat mereka ,
Kita menyekat telinga kita untuk mendengar penjelasan dan pendapat yang sebenarnya ,
Kita menghalang minda untuk berfikir perkara yang baik tentangnya 
Dan kerana Kadang-kadang ini jugalah
Kita akan mula kehilangan sahabat kita perlahan-perlahan ,
Kita akan mula terasa dengan perkara tidak sepatutnya ,
Kita akan mula lihat yang kita akan semakin jauh dengan orang yang kita sayang ,
Kerana banyak sangat Kadang-kadang lah kita lupa yang tidak semua orang belih menerima penjelasan sekiranya perkara yang dikatakan kadang-kadang tetapi berulang dan berulang .

Rujuklah Surah Al-Hujurat ayat 12 ,
"Wahai orang -orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan prasangka . Sesungguhnya sebahagian prasangka itu dosa. Dan janganlah kamu mencari -cari kesalahan orang lain . Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain . Apakah salah seorang kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? Tentu kamu tidak menyukainya. Dan bertakwalah kepada Allah . Sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "

Cukup sampai disini InsyaAllah ada masa akan ada coretan lain , Assalamualaikum

Allahumma Solli ‘Ala Sayidina Muhammad, Wa ‘Ala Ali Sayidina Muhammad
avatar
fadzilmashor

Tolibul Ilm
Gender : Male
Join date : 20/03/2014
Location : Perak
Posts : 1
Reputation : 0

View user profile http://laya-layare.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum