Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Akhlak Nabi SAW yang agung

Go down

Akhlak Nabi SAW yang agung Empty Akhlak Nabi SAW yang agung

Post by FaqirIlm Tue Jul 08, 2014 10:12 am

Akhlak Nabi SAW yang agung Images?q=tbn:ANd9GcRFSFVyb_47MHuKXNC0-oIR2vGMVx5Fv1ea-ila1iHXMJ7hQO5uqw


Imam al-Bukhārī dan Muslim meriwayatkan:
 
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ أَبَا بَكْرٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ دَخَلَ عَلَيْهَا وَعِنْدَهَا جَارِيَتَانِ تُغَنِّيَانِ وَتُدَفِّفَانِ وَتَضْرِبَانِ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَغَشٍّ بِثَوْبِهِ فَانْتَهَرَهُمَا أَبُو بَكْرٍ فَكَشَفَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ دَعْهُمَا يَا أَبَا بَكْرٍ فَإِنَّهَا أَيَّامُ عِيدٍ
 
Maksudnya: “Diriwayatkan dari ‘Ā’isyah bahwa pada suatu hari, Abū Bakar menemui ‘Ā’isyah, ketika itu ia bersamadua hamba sahaya perempuan yang sedang bernyanyi sambil memukul rebana, padahal waktu itu Rasulullah s.a.w.  sedang tiduran denganl menutup tubuhnya. Abū Bakar membentak kedua hamba sahaya perempuan tersebut, kemudian Rasulullah s.a.w. membuka kain yang menutup muka Beliau dan berkata: “Biarkan mereka berdua wahai Abū Bakar, kerana hari ini adalah hari raya”” (Muttafaq ‘Alaih).
 
Bergaul dengan baik merupakan bersikap baik kepada orang lain, sikap ini memerlukan seorang Muslim yang memiliki akhlak Islami. Kerana orang yang mampu memiliki sikap bergaul dengan baik terhadap orang lain, bererti ia merupakan orang yang sabar, lembut, murah hati, gemar memaafkan, jujur, memiliki sifat ‘Iffah (menjaga kehormatan diri), dapat dipercaya, zuhud dan tawādu‘. Sifat-sifat tersebut dan juga sifat yang lain dimiliki oleh Rasulullah s.a.w.. Dalam hal ini, Beliau telah menunjukkan teladan kepada kita semua dengan sikap yang Beliau praktikkan dalam memperlakukan dan mempergauli para sahabat, isteri-isteri, saudara maranya dan juga seluruh umat Islam dengan baik.
 
Rasulullah s.a.w.  adalah sosok yang mampu menguasai hati dan jiwa para sahabat, sehingga kecintaan mereka terhadap Beliau jauh melebihi kecintaan mereka kepada sesuatu yang lain. Ungkapan yang selalu mereka gunakan dan selalu mereka sebutkan ketika sedang berbicara dengan Beliau adalah: “Bi abī anta wa ummī yā Rasūlallāh”, yang ertinya: “Saya menebus anda dengan ayah dan ibuku wahai Rasulullah.”
 
Sikap memperlakukan dan mempergauli dengan baik yang dimiliki oleh Rasululah s.a.w. tidak hanya terbatas pada para sahabat Beliau sahaja. Akan tetapi mencakup semua kaum perempuan, saudara mara, orang lain dan juga budak-budak kecil, baik itu dilakukan ketika berada dalam perjalanan ataupun tidak. Semoga Salawat dan salam selalu tercurahkan kepada Rasulullah s.a.w..
 
Terhadap para sahabat, Beliau memperlakukan dan mempergauli mereka dengan baik dan lembut. Beliau memanggil mereka dengan sebutan nama kunyah mereka (nama julukan yang diawali dengan kata Abū atau Umm). Hal itu dilakukan sebagai tanda hormat kepada mereka dan juga untuk membahagiakan hati mereka. Jika terdapat seseorang di antara mereka yang belum memiliki nama kunyah, maka Beliau akan memberinya, sehingga untuk selanjutnya ia dikenal dan dipangil dengan nama kunyah tersebut. Beliau memberi nama kunyah kepada Suhaib bin Mālik dengan sebutan Abū Yahyā, kepada ‘Abdullāh bin Mas‘ūd dengan sebutan Abū ‘Abd al-Rahmān, padahal ia tidak memiliki anak. Memberi nama kunyah kepada Anas bin Mālik dengan sebutan Baqlah dan memberi kunyah  kepada dan Abū Bakrah dengan namanya sendiri (dimaksudkan dengan sebutan Abū Bakrah).

Akhlak Nabi SAW yang agung Makam-rasulullah-saw
Di antara fator yang menyebabkan para sahabat sangat mencintakan Rasulullah s.a.w.  adalah sikap dan perlakuan Beliau kepada mereka yang sangat baik dan lembut. Di bawah ini saya akan menyebutkan enam hadith yang menjadi bukti bahawa Beliau benar-benar memiliki sikap mempergauli para sahabat dengan sangat baik dan lembut. Enam hadith tersebut adalah seperti berikut:
1.       Setiap Rasulullah s.a.w. berjabat tangan dengan seseorang, maka Beliau tidak akan melepaskan genggaman tangannya kecuali orang yang berjabat tangan tersebut melepaskan genggaman tangannya terlebih dahulu.
2.      Pada suatu waktu, ada seorang hamba sahaya perempuan yang datang menemui Rasulullah s.a.w., kemudian ia memegang tangan Beliau dan mengajak Beliau pergi untuk suatu keperluan peribadinya. Beliau menurutkan kemauhan yang diinginkan hamba sahaya perempuan tersebut dan Beliau tidak akan meninggalkannya sampai ia mendapatkan apa yang diinginkan.
3.      Setiap ada seseorang yang mengajak bicara bengan Rasulullah s.a.w., Beliau tidak akan memalingkan mukanya dan berlalu pergi kecuali orang tersebut yang memulakan pergi terlebih dahulu.
4.      Rasulullah s.a.w. tidak pernah memotong pembicaraan seseorang, kecuali jika ia telah melanggar batas. Pada kebiasaannya, Beliau akan memotong pembicaraan mereka dengan cara memlarang mereka atau dengan berdiri.
5.      Setiap baginda Rasulullah s.a.w. bertemu dengan salah satu sahabat, maka Beliau akan memulakan untuk mengajak berjabat tangan, kemudian memegangnya dengan erat dan penuh persaudaraan.
6.      Rasulullah s.a.w. selalu memulakan mengucapkan salam kepada setiap orang yang ditemukan.
FaqirIlm
FaqirIlm

Ahbabul Mustafa
Gender : Male
Join date : 08/07/2014
Posts : 2
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum