Kisah Muskotbor Episode 2
:: Islamic Misc. :: Menulis Section
Page 1 of 1
Kisah Muskotbor Episode 2
Pendahuluan: Kisah ini direka sebagai lawak jenaka. Tidak ada berkaitan dengan realiti atau pun dengan sesiapa pun. Watak dalam kisah ini hanya khayalan sahaja.
- Episode 2 -
Pencerita: Seperti hari biasa di warung muskotbor yang sering ramai. Masing masing sibuk dengan hal masing masing. Ada yang sedang beratur di kuanter untuk banyar bill, ada yang sibuk sedang menikmati hidangan masing masing hingga dah tak ingat dunia lagi sebab terlalu lapar. Ada yang sibuk berborak. Tetapi scenario di situ kelihatan tenang dan aman oleh kerana dialungkan dengan alunan qasidah yang dibawa oleh Mat Ammar dan Mat Iki. Sejak hari itu, mereka dah ingin untuk hijrah dan mereka ingin gunakan bakat mereka untuk agama. Dari nyanyi lagu jiwang yang tidak membawa sembarang manfaat, baik nyanyi yang memuji Allah dan Rasul!
Mat Ammar:Ya Hanana! Ya hananaaaa. oh ya hananaa
Mat Iki: *Ketuk rabana*
Pencerita: Walauoun berqasidah, Ammar tetap dengan rambut afro nya. Mat iki pulak sibuk dengan memukul rabana.. di depan mereka pulak ada satu budak kecil Fyra sedang duduk sambil memakan Mamee. Tibe tibe
IM Amirul: Astaghfirullah.. ni apa citer ni. nk nyanyi qasidah tapi rambut mcm monyet!
Pencerita: Tibe tibe terdengar tapak kaki yang laju dari pintu warung itu. Lalu masuk seorang kanak kecil yang memakai baju hijau dengan gambar yogi bear di tengahnya..Lari menuju bapaknya yang sedang minum teh tarik.
Budak kecil yang bernama oyo: Ayah!! Oyo dah balik ni ><
Pak Nilam: Itu dia anak bapak dah balik dari kelas ngaji! Meh duk sini atas pehe bapak
oyo: eee tknk la. org dah besaq daa! Oyo dah belajar bab hadis! dah mature okay? tk main alif bata lagi!
Pak Nilam: MashaAllah .. anak bapak dah semakin cerdik ni. tadi kat sekolah beljar apa
oyo: Tadi tadi.. ustad ada kasi sikit pasal hadis ni! bapak nk dengaq tk?
Pak Nilam: ce cite ce cite
oyo: Hadis nya berbunyi mcm ni.. Ada sahabat Nabi saw datang jumpa nabi saw dan bertanya "Siapakah yang layak dapat cinta ku selepas Allah dan RasulNya?" .. Maka Nabi saw pun menjawab .. "ibu mu", selepas tu sahabat nabi tanya lagi "lepas itu?" dan Nabi saw menjawab "Ibu mu", dan soalan itu diulangi oleh sahabat Nabi dan Nabi saw tetap menjawab "ibu mu".. dan selepas itu ditanya lagi. Maka Nabi menjawab "Kemudian ayah mu"
Pak Nilam: Wa dah mcm ustad la anak bapak ni. dah boleh jadi pencetus ummah nii .. anak ku.. dlm hadis tu ada berapa ibu?
oyo: err ada 3 ibu bapak
Pak Nilam: haa makanya.. nanti bile oyo pulang kata dekat ibu yang oyo perlu lagi 2 ibu tau :3
oyo: Ohh mcm mana oyo boleh dapat 2 lagi ibu ?
Pak Nilam: Nanti bapak mu ini akan kahwin lagi dua okay?
Pencerita: Perbualan anak bapak tadi sebenarnya sudah diperhatikan oleh IM Amirul. Dan beliau kurang senang dengan tafsiran hadis yang diberikan oleh bapak itu.
IM Amirul: Woi Pakcik yang tk sedaq diri! Ingat hadis ini boleh tafsir ikut suka hati ke apa?!
Pencerita: Semua activity yang riuh rendah di warung itu menjadi senyap . Mat Ammar and the gang pun dah stop main qasidah. Semua mata melekat di wajah IM Amirul yang sedang bengis macam singa baru beranak.
IM Amirul: Pakcik ini yang kali belajaq dlu. Tu la kecik kecik tknk ngaji, dah besar jadi macam kuali
Pak Nilam: Nak ingat kan pesan bapak. Kalau nampak orang gile, jangan layan. jom kite balik!
oyo: kenapa dengan abang tu??
Pencerita: Pak Nilam dan anaknya bersegera keluar dari warung tu.. IM Amirul masih lagi bising dan cakap dengan sendiri.. Akhi Mus pun datang dan cuba tenangkan kemarahan dia..
Akhi Mus: Dah la tu .. tengok mad'u (orang yang didakwah) pun lari. Sedangkan kita ingin dia untuk datang lagi dekat.
IM Amirul: Ni Hadis akhi .. Ana bab hadis ini kene ambil berat sikit.
Mat Iki: eleh yela tu .. Lu dlu belajar hadis kat mana bro?
IM Amirul: Ana? Akan tahu kot. Orang hebat belajar mana dlu. Ana khatam banyak kitab okay. Sahih Bukhari, Sunan Abu Dawud, Musnad Ahmad, Muwatta' Imam Malik .. ha banyak lagi
Mat Iki: cis riak. Dlu belajar mana? bukan belajar apa dol
IM Amirul: ohh .. Ana belajar di DARUL MUSTOFA. DI YAMAN. jangan main main dengan ana.
Mat Ammar: Darul Mustofa ke Tong Sampah?
Pencerita: Tibe tibe budak kecil yang bernama Fyra mencelah
Fyra: Abang Amirul! ermm ermm kita punya ostazaahh ada kasi homoweerk dekat kite tau. boleh bantu jawabkan tk .. soklan dia "Imam Bukhari dari negeri mana? "
IM Amirul: hmm .. soklan ini mudah je .. Paris kan?
Akhi Mus: Bukan dari Bukhara ke? Dah nama Bukhari.
IM Amirul: Eh yeke?? hmm sat sat nak rujuk dengan Guru syeikh Ana. Syeikh Goo Goo *Buka iphone apps google*
Mat Ammar: Ini ustad ke sekat?
Mat Iki: Baru nk start bro ..
Pencerita: Tibe tibe, ada seorang lelaki kacak dengan memakai baju coat siap dengan tie lagi. Rambutnya blond dan matanya biru. Dia terus masuk dan duduk di meja kosong.
Lelaki kacak bernama Apan: Hello everyone. Good to see you all again. My name is Apan .. oh no no not that kampung type name anymore. My English Accent name is Apanio Diferenzo .
Mat Ammar: Mat saleh celup mana ni pulak..
Pencerita: Apan pun memanggil Akhi Mus untuk order makanan.
Akhi Mus: Yes sir. What you want?
Apanio Diferenzo: Oh deer. Your english is uncredible. say politely.. "How can I help you sir?" not "what you want!"
Akhi Mus: Sorry sir .. How can I help you sir
Apanio Diferenzo: Ah new correct! (Baru betul) errm, can i have ermm.. you have western food?
Akhi Mus: hm sorry sir. We only serve local foods
Apanio Diferenzo:.. hmm local? hmm if then, can i have the.. what the malaysian favourite food.. err ya.. FAT RICE! (nasi lemak) and Egg Eye Cow :3
Akhi Mus: hm okay. your drink sir
Apanio Diferenzo: For the water. You give me, white water can?
Akhi Mus: You mean air puteh?
Apanio Diferenzo: Ah yes.
Pencerita: Mat Ammar dan gang nya sedang perhatikan dari jauh. Mereka cuma letak tangan di muka sahaja, tk tahu apa lagi nk ckp.
Mat Ammar: Ini Apan ini gua kenal dlu.
Mat Iki: Bukan dia, Apan burger ke? Setiap malam jual burger depan jalan sungai ke.. haish nk ckp omputih tk tahu. ckp kedah je la
Mat Ammar: menyampah gua
Pencerita: Tibe tibe telefon bimbit Apan berbunyi
Apanio Diferenzo.. *angkat telefon* Oh Hii Sweety Emily Until Diabetes! How are you doing deer?
Emily: HOW MANY TIME? IS NOT DEER THE RUSA. IS DEAR!
Apanio Diferenzo: ohh my ika, dont like that. People say fast angry, later fast old.
Emily: Stop it! You are a serious "perosak bahasa" okay?
Apanio Diferenzo: Oh my juliet. You know how much i miss you? You know even though far from eye but you are near to my heart.
Emily: Go away! I say we clash right now! *tutup telefon*
Apanio Diferenzo: deer! oh sorry, dear! please dont gooo .. hello ? hello ? hello?
Mat Ammar: Dah sudah tu bro. Jangan lupa kulit mu wahai kacang..
Apanio Diferenzo: noo
Pencerita: Apan menangis dan menangis. Air mata mengalir seperti paip yang bocor. Mengalir tanpa henti. Mat Ammar dan Mat Iki datang dan memeluknya untuk tenangkan dia. Tibe tibe..
IM Amirul: harraaaam! Astaghfirullah .. Ni manusia apa ini. Ada girlfriend kan? Mesti penah buat zina kan?! Atau penah buat yang tk senonoh tu!
Apanio Diferenzo: Astaghfirullah ustaz.. i swear i didnt
IM Amirul: *keluarkan tali pinggang* menurut hukum hudud, penzina harus disebat 100 kali!! Meh sini!
Apanio Diferenzo: Ya Allah saya tidak pernah .. saya masih tahu hukum haram lagi!
Pencerita: IM Amirul terus datang menghampiri untuk sebat dia. Tetapi Mat Ammar cepat cepat ambil pemukul rabana itu dan ketuk di kepala dia. IM Amirul terus terjatuh di lantai. Mat Iki cepat menahan Ammar.
Mat Ammar: Ni budak ni nak kene ajar sikit!
Mat Iki: Dah la tu ammar...
Pencerita: Tibe tibe dengar satu terikan yang amat kuat..
"HENTIKAN!! Jangan pukul dia lagi"
Pencerita: Semua pusing kepala untuk mencari suara itu. Mereka melihat seorang wanita yang berniqab.
perempuan niqab Ukhti Ecah: Jangan sentuh bakal suami sya!!
--- SAMBUNG
Similar topics
» Kisah di warung Muskotbor
» Kisah Nabi Musa Dan Dua Malaikat
» Kisah Seorang Ulama' Yang Dicabar
» Teladan Dari Kisah Nabi Kidir Dan Nabi Musa
» Kisah Nabi Musa Dan Dua Malaikat
» Kisah Seorang Ulama' Yang Dicabar
» Teladan Dari Kisah Nabi Kidir Dan Nabi Musa
:: Islamic Misc. :: Menulis Section
Page 1 of 1
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum
|
|