Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kenali akidah sebenar ASWJ .. Dan hadith ttg 73 golongan

Go down

Kenali akidah sebenar ASWJ .. Dan hadith ttg 73 golongan Empty Kenali akidah sebenar ASWJ .. Dan hadith ttg 73 golongan

Post by alFaqir Mizie786 Thu Mar 27, 2014 6:05 am

Erti Ahlussunnah ialah penganut Sunnah Nabi dan erti wal Jamaah ialah penganut i'tiqad sebagai i'tiqad Jamaah sahabat-
sahabat Nabi. I'tiqad Nabi dan para sahabat telah lama termaktub dalam Al Quran dan dalam Sunnah Rasul secara terpisah-
pisah, belum tersusun secara rapi dan teratur, kemudian dikumpulkan dan dirumuskan dengan rapi oleh ulama Usuluddin
yang besar iaitu, Syeikh Abu Hasan 'Ali al Asy'ari (260-324H) kemudian orang menamakan kaum pegangan ahlussunnah wal
Jamaah sebagai Asya'irah. Di dalam kitab “Ihtihaf Sadatul Muttaqin” karangan Imam Muhammad bin Muhammad al Husni az
Zabidi, iaitu kitab syarah dari kitab “Ihya Ulumuddin” karangan Imam Ghazali yang bermaksud ; “Apabila disebut kaum
Ahlussunnah wal Jamaah, maka maksudnya ialah golongan yang mengikut fahaman Asyari dan fahaman Abu Mansur al
Maturidi.” Abu Mansur al Maturidi pula ialah seorang ulama Usuluddin juga, yang fahamannya dan i'tiqadnya sama dengan
Abu Hasan al Asy'ari. Beliau wafat di sebuah desa bernama Maturidi Samarqand, di Asia Tengah pada tahun 333H.
Tersebut dalam kitab Thabrani bersabda Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassallam yang bermaksud : “Demi Tuhan yang
memgang jiwa Muhammad ditanganNya, akan berfirqah umatKu sebanyak 73 golongan, yang satu masuk syurga dan yang lain
masuk neraka.” Bertanya para sahabat : “ Siapakah golongan yang tidak masuk neraka itu ya Rasulullah?” Nabi menjawab :
“Ahlussunnah wal Jamaah” (Hadith Riwayat Imam Thabrani) Setelah dikaji oleh para ulama Usuluddin, pembahagian 73 itu
ialah seperti berikut secara ijma' : 1. Syiah 22 aliran 2. Khawarij 20 aliran 3. Muktazilah 20 aliran 4. Murjiah 5 aliran 5.
Najariah 3 aliran 6. Jabariah 1 aliran 7. Musyabihah 1 aliran 8. Ahlussunnah wal Jamaah 1 aliran. Manakala mazhab Hanafi,
Maliki, Syafie dan Hanbali dikira 1 dalam golongan ahlussunnah wal Jamaah kerana mereka hanya berbeza pendapat dalam hal
furu' (cabang) bukan dalam hal usul (pokok) kerana 4 mazhab fiqh ini masih berbumbungkan pegangan aqidah yang sama..
Ringkasan I'tiqad Ahlusunnah wal Jamaah.
1. Iman ialah mengikrarkan dengan lisan dan membenarkan dengan hati. Iman yang sempurna ialah mengikrarkan dengan lisan,
membenarkan dengan hati dan mengerjakan dengan anggota.
2. Tuhan itu ada nama iaitu Allah. Dan ada 99 nama Allah.
3. Tuhan mempunyai sifat banyak sekali, yang boleh disimpulkan dengan perkataan : Sifat Jalal (kebesaran), Jamal (keindahan)
dan Kamal (kesempurnaan).
4. Sifat yang wajib diketahui oleh mukmin yang baligh berakal ialah 20 sifat; 20 sifat yang wajib ada bagi Nya dan yang
mustahil ada padaNya dan satu lagi sifat yang harus ada bagiNya. (Wujud, Qadim, Baqa', Mukhalafatuhu lil hawaditsi,
Qiyamuhu binafsihi, Wahdaniyah, Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Sama', Bashar, Kalam, Kaunuhu Qadiran, Kaunuhu Muridan,
Kaunuhu Alamin, Kaunuhu Hayyan, Kaunuhu Sami'an, Kaunuhu Bashiran, Kaunuhu Mutakalliman). Lawan bagi sifat ini ialah
sifat mustahil bagi Allah Taala.
5. Sifat yang harus bagi Allah hanyalah satu, iaitu : Dia boleh memperbuat dan boleh pula pula tidak memperbuat.
6. Wajib mempercayai bahawa para Malaikat itu ada. Mereka banyak tetapi yang wajib diyakini secara terperinci hanyalah 10
orang sebagai yang telah disebut nama-namanya dan perkerjaannya masing-masing.
7. Wajib mempercayai adanya kitab-kitab suci yang diturunkan Allah kepada Rasul-rasulNya untuk disampaikan kepadanya
kaumnya. Wahyu yang diturunkan kepada para nabi dan rasulnya terbahagi kepada dua iaitu suhuf (lembaran-lembaran) dan
kitab yang besar. Sesetengah ulama Usuludin berpendapat suhuf itu ada 100 ada sebahagiannya pula berpendapat jumlahnya
110. Manakala bilangan kitab pula ada 4 iaitu Kitab Taurat (Nabi Musa alaihissalam), Kitab Zabur (Nabi Daud alaihissalam),
Kitab Injil (Nabi Isa alaihissalam) dan Kitab Al Quran (Nabi Muhammad Salallahu Alalihi Wassallam).
8. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai semua para Rasul yang diutuskan kepada manusia. Para nabi jumlahnya
ialah 124000 orang manakala para Rasul bilangannya 313 orang, Walaubagaimanapun, ini bilangan yang dibincangkan oleh para
ulama. Bilangan mereka yang sebenar hanya Allah yang mengetahui. Yang wajib diketahui hanyalah 25 Rasul sahaja. Beza
para nabi dan Rasul ialah, para nabi ini diwahyukan oleh Allah tetapi tidak diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia
manakala para rasul pula diwahyukan dan diperintahkan untuk menyampaikan kepada manusia. Seorang Nabi tidak semestinya
Rasul, Dan Seorang Rasul pastilah seorang Nabi.
9. Setiap orang Islam wajib mempercayai hari akhirat. Permulaan akhirat bagi setiap manusia ialah selepas mati. Ini
bermakna, wajib bagi semua mukallaf bahawa mati , soal mungkar nakir , kiamat, tiupan sangkakala, padang masyhar,
timbangan mizan, titian sirat, syurga neraka dan apa-apa yang berkaitan adalah benar.
10. Ahlussunnah wal Jamaah mempercayai bahawa Qadha dan Qadar iaitu takdir (baik dan buruk) datangnya dari Allah dan ia
ada sejak azali lagi. Yang ada bagi manusia hanya kasab, ikhtiar, dan usaha. Kita diwajibkan untuk berusaha.
11. Tuhan bersama nama-Nya dan sifat-Nya semuanya qadim (sedia ada), kerana nama dan sifat itu berdiri pada Dzat yang
qadim. Maka kerana itu sekalian sifat Tuhan adalah Qadim, tiada permulaan.
12. Al Quran al Karim adalah Kalam Allah yang Qadim. Bukan makhluk
13. Rezeki setiap manusia sudah ditakdirkan secara azali. Tidak bertambah dan tidak berkurang. Tetapi manusia disuruh
mencari, bukan duduk menunggu.
14. Ajal setiap manusia sudah ada jangkanya oleh Tuhan, tidak cepat dan tidak lambat walaupun cuma sesaat. 15. Anak-anak
orang kafir, kalau mati kecil masuk syurga.
16. Doa orang mukmin memberi manfaat bagi dirinya dan bagi orang yang didoakannya.
17. Pahala sedekah, wakaf, dan pahala bacaan (tahlil, selawat, bacaan Quran) boleh dihadiahkan kepada yang telah mati dan
sampai kepada mereka kalau dimintakan kepada Allah untuk menyampaikannya.
18. Ziarah kubur, khususnya kubur ibubapa, para Ulama, para wali, dan para syuhada, apatah lagi kubur Nabi Muhammad
Sallahu Alaihi Wassallam dan para sahabat baginda adalah sunat hukumnya, diberi pahala jika dikerjakan.
19. Berdoa kepada Allah secara langsung atau berdoa kepada Allah dengan wasilah (bertawasul) adalah sunat hukumnya,
diberi pahala jika dikerjakan.
20. Masjid di seluruh dunia sama darjatnya kecuali 3 buah masjid iaitu Masjidil Haram, Masjid Nabawi dan Baitul Maqdis.
21. Seluruh manusia adalah anak cucu dari Nabi Adam, Adam berasal dari tanah. Iblis dan jin dijadikan oleh Tuhan dari api,
manakala para malaikat pula dijadikan dari cahaya. 22. Bumi dan langit ada. Siapa yang mengatakan langit tidak ada maka dia
terkeluar dari linkungan golongan Ahlussunah wal Jamaah. 23. Nama Tuhan tidak boleh dibuat-buat oleh manusia, tetapi
mesti seperti yang telah ditetapkan Tuhan dalam Quran dan hadith-hadith Nabi yang sahih. 24. Tidak mentakwilkan ayat
mutasyabihat seperti Allah bertangan, bertubuh, duduk dengan takwilan zahir tetapi mentakwilkan dengan takwilan yang
majazi mengikut sifat yang layak atas diri Allah seperti “Tuhan bertangan” maksudnya “Tuhan berkuasa” atau “Tuhan duduk
di atas Arasy” maksudnya “Tuhan menguasai Arasy”, sesudah itu diserahkanlah kepada Allah apakah maksud sebenar ayat-
ayat tersebut. 25. Bangkit sesudah mati hanya satu kali. Manusia pada mulanya tiada, kemudian lahir ke dunia, sesudah itu
mati, sesudah bangkit (hidup) kembali berkumpul di Padang Masyhar. Maksudnya, selepas manusia mati, tidak hidup lagi
menyerupai binatang atau apa sahaja. 26. Pahala yang diberikan Tuhan kepada orang yang salah bukanlah kerana Tuhan
terpaksa memberikannya dan bukan pula kewajipan untuk membalas jasa orang itu. Begitu juga hukuman bagi orang yang
durhaka tidaklah Tuhan terpaksa menghukumNya atau kewajipan Tuhan untuk menghukumnya. Tuhan memberi pahala kepada
manusia kerana Kurnia-Nya dan menghukum dengan Keadilan-Nya. 27. Allah dapat dilihat oleh penduduk syurga dengan mata
kepala, bukan dengan matahati sahaja. Tetapi ia bukan bermaksud Allah tempatnya di syurga. 28. Pada waktu di dunia tidak
ada manusia yang dapat melihat Tuhan kecuali Nabi Muhammad Salalllahu Alaihi Wassalam ketika baginda di mi'rajkan. 29.
Mengutus para rasul ialah satu kurnia Tuhan kepada hamba-Nya, untuk menunjuk jalan yang lurus. Bukan kewajipan bagi
Allah untuk mengutus para rasul itu. 30. Wajib diketahui dan diyakini oleh seluruh umat Islam bahawa Nabi Muhammad
Salallahu Alaihi Wassalam itu lahir di Kota Mekkah. Diangkat menjadi Rasul pada usia 40 tahun, lalau diturunkan ayat al
Quran secara berturut-turut selama 23 tahun. Baginda wafat pada usia 63 tahun dan makam perkuburan baginda ada di
Masjid Nabawi, Madinah. 31. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam adalah manusia seperti kita, bukan Malaikat. Beliau
makan, minum, tidur, kahwin, mempunyai keluarga seperti manusia biasa. Tetapi, kemanusiaan beliau luarbiasa samaada
jasmani mahupun rohani kerana beliau manusia yang dapat menanggung wahyu Ilahi yang mana jika diturunkan pada gunung/
bukit, pasti akan hancur lebur. Ibarat yang mudah ialah, manusia lain ibarat batu kerikil tetapi beliau ibarat batu permata
akik. Beliau adalah “Saidul khalaik”, makhluk Tuhan yang paling mulia dibanding dengan yang lain. 32. Nabi Muhammad Salallahu
Alaihi Wassalam diutuskan oleh Tuhan kepada seluruh manusia, bukan hanya kepada sekelompok bangsa atau negeri. 33. Nabi
Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam mi'raj ke langit melalui Baitul Maqdis pada 27 Rejab dan kembali pada malam itu juga
dengan membawa perintah solat fardu 5 waktu secara jaga yakni dengan roh dan jasad. 34. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi
Wassalam memberi syafaat di akhirat kepada seluruh manusia. 35. Sesudah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam wafat,
maka pengganti baginda yang sah ialah Sayidina Abu Bakar sebagai khalifah pertama, Sayidina Umar Bin khatab sebagai
khalifah kedua, Sayidina Uthman sebagai khalifah yang ketiga dan Sayidina Ali sebagai khalifah yang keempat, Radiyallahu
anhum. Mereka dinamakan sebagai Khulafaur Rasyidin. 36. Wajib meyakini bahawa yang paling mulia di antara makhluk Tuhan
ialah Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, sesudah itu Rasul-rasul lain, kemudian para nabi, kemudian para Malaikat,
kemudian barulah manusia yang lain. 37. Wajib meyakini bahawa sahabat yang paling mulia ialah Sayidina Abu Bakar, kemudian
Sayidina Umar, kemudian Sayidna Uthman kemudian Sayidina Ali dan kemudian para sahabat yang sepuluh yang telah
dijanjikan syurga, Radiyallahu anhum. 38. Dalam soal pertikaian dan peperangan Jamal dan Siffin, golongan Ahlussunnah wal
Jamaah hendaklah melihat kepada positif dan tidak banyak membicarakannya kerana ia adalah ijtihad masing-masing. Jika
ijtihad mereka benar di sisi Allah, dapat dua pahala, jika salah dapat satu pahala. 39. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah
yakin bahawa semua keluarga Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam khususnya Siti Aisyah Ummul Mukminin yang dituduh
membuat membuat kesalahan adalah bersih dari noda. Ia adalah fitnah semata-mata dan telah dinyatakan dalam Al Quran
Surah Nur ayat 11) 40. Kerasulan seorang Rasul adalah kurnia dari Tuhan. Pangkat itu tidak dapat diusahakan, contohnya
dengan bertapa, masuk sekolah dan lain-lain. 41. Para rasul Allah dikurniakan mukjizat, yakni perkara yang luarbiasa daripada
adat manusia seperti Nabi Ibrahim tak terbakar oleh api, Nabi Isa menghidupkan orang yang telah mati, Nabi musa dengan
tongkatnya yang boleh bertukar menjadi ular manakala Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam dengan Kitab Suci al Quran
yang tidak dapat ditiru oleh para cerdik pandai atau cendekiawan, bulan dibelah dua, matahari berhenti bergerak dan
sebagainya. 42. Golongan Ahlussunnah wal Jamaah meyakini adanya keramat. Ia adalah perkara ganjil/luarbiasa yang berlaku
kepada para wali, para ulama dan para solihin. Contohnya datangnya makanan dengan sendiri kepada Siti Maryam, ashabul
kahfi (ahli gua) yang tidur selama 309 tahun tanpa rosak tubuh badan mereka. 43. Nabi Muhammad Salallahu Alaihi
Wassalam adalah penutup segala kenabian. Tiada nabi lagi selepas beliau, Sesiapa yang mengaku dirinya nabi selepas Nabi
Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam, maka orang itu adalah pendusta dan wajib dilawan. 44. Wajib percaya adanya Arasy,
iaitu satu makhluk Tuhan yang dicipta dari Nur, terletak ditempat yang tinggi dan mulia, yang mana tidak diketahui
hakikatnya dan kebesarannya. Hanya Allah Subhanahu wata'ala yang mengetahui. 45. Wajib meyakini adanya “kursi Tuhan”,
iaitu suatu benda makhluk Tuhan yang berdekatan dan berhubung dengan Arasy. Hakikat keadaannya diserahkan kepada
Allah. Yang wajib bagi kita ialah percaya wujudnya. 46. Wajib percaya adanya Kalam, iaitu suatu benda yang dijadikan Tuhan
untuk menulis sesuatu yang akan terjadi di Lauh Mahfuz. Segala yang terjadi di dunia sudah tertulis di lauh mahfuz
terlebih dahulu. 47. Syurga dan neraka bersama penduduknya akan kekal selama-lamanya, tidak akan habis. Keduanya kekal
agar yang berbuat baik merasakan selama-lamanya nikmat perbuatannya dan yang berdosa merasakan selama-lamanya dengan
perbuatannya kecuali mukmin. 48. Dosa itu menurut Ahlussunnah wal Jamaah, terbahagi kepada dua iaitu dosa besar dan
kecil. Dosa besar ialah syirik, membunuh manusia dengan tiada hak, makan riba, lari dari medan perang, berbuat sihir,
derhaka kepada ibubapa, berzina, meliwat, berdusta terhadap nabi dan lain-lain. Jika dosa besar tidak dikerjakan maka dosa
kecil akan diampunkan oleh Tuhan. Dosa besar hanya terhapus dengan taubat nasuha kepada Allah.
Kemuliaan Sayidina Ali radiyallahua anhu menurut pandangan Ahlussunnah wal Jamaah. (Bahagian 1) Seperti yang dinyatakan
dalam bahagian yang keempat, kemuliaan Sayidina Ali radiyallahu anhu adalah yang keempat selepas Sayidina Abu Bakar,
Sayidina Umar dan Sayidina Uthman radiyallahu anhum. Yang kita hendak bincangkan di sini ialah kemuliaan Sayidina Ali
radiyallahu anhu sebagai ahli keluarga (ahlul bait) Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Sayidna Ali radiyallahu anhu
adalah sepupu baginda yakni anak kepada pakcik baginda yang bernama Abu Talib yang mana kita sudah sedia maklum pakcik
beliau inilah yang bertanggungjawab menjaga Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam semenjak kewafatan datuknya Abdul
Mutallib. Jadi, Sayidina Ali ini membesar bersama Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam. Cuma beza umurnya sangat jauh
jaraknya yang mana Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam pada ketika diangkat menjadi Rasul (40 Tahun), umur Sayidina
Ali lebih kurang dalam 10 tahun menurut majoriti ahli sejarah Islam. Adakah dengan memuliakan Sayidina Ali dikira sebagai
Syiah? Pertama, kita pelajari dahulu apa itu Syiah dan bagaimana fahaman ini muncul. Syiah dari segi lughah (bahasa)
maksudnya 'pengikut' dan 'Syiah Ali” bermaksud 'Pengikut Ali”. Fahaman ini diasaskan oleh seorang pendeta Yahudi dari
Yaman yang bernama Abdullah bin Saba'. Dia datang ke Madinah setelah masuk Islam ketika akhir-akhir pemerintahan
Khalifah Sayidina Uthman bin Affan radiyallahu anhu dan kebetulan tidak mendapat penghargaan atau penghormatan daripada
Khalifah Sayidina Uthman radiyallahu anhu dan orang yang terkemuka di Madinah seperti yang diharapkan. Dia menyangka
pada mulanya, kalau dia datang ke Madinah pasti akan disambut dengan kebesaran sebab dia adalah pendeta besar Yahudi
Yaman yang masuk Islam. Sebahagian ahli sejarah pula mengatakan, bahawa masuknya Abdullah bin Saba' ini ke dalam Islam
adalah memang untuk memporak perandakan Islam dari dalam kerana Islam sukar ditumbangkan jika dilawan dari luar. Dialah
orang yang bertanggungjawab membentuk gerakan anti Sayidina Uthman dan berusaha untuk menjatuhkannya. Syiah ini
berlebih-lebihan mengagungkan Sayidina Ali supaya Sayidina Uthman, Sayidina Umar dan Sayidina Abu Bakar dipandang
rendah oleh masyarakat pada ketika itu sehingga mereka sanggup mereka-reka hadith palsu seperti hadith yang masyhur
di kalangan mereka yang disebut sebagai 'Hadith Ghadir Khum'. Hadith ini palsu di sisi Ahlusunnah wal Jamaah kerana
langsung tidak disebut dalam kitab-kitab hadith seperti Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Ibnu Majah, Abu Daud dan lain-lain
walhal para sahabat yang turut serta dalam Haji Wada' bersama Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam ketika itu ialah
114000 orang. Kenapa hadith ini tidak diketahui oleh para sahabat yang ramai itu? Sayidina Ali bukan Syiah dan bukan Imam
golongan Syiah Dalilnya : Sayidina Ali radiyallahu anhu dan Siti Fatimah radiyallahu anha, ikut baiah iaitu mangangkat Sayidina
Abu Bakar menjadi khalifah walaupun terlambat sedikit. Mereka juga membaiah sayidina Umar dan Sayidina Uthman walaupun
Sayidina Ali termasuk dalam calon khalifah yang ketiga. Andaikata 'Hadith Ghadir Khum' itu benar, maka sudah tentu
Sayidina Ali tidak membaiah mereka kerana ia adalah wasiat Nabi Muhammad Salallahu Alaihi Wassalam menurut pegangan
Syiah.
dipetik dari Laman FB Ust Uthman Daud
alFaqir Mizie786
alFaqir Mizie786

Hamba Faqir
Gender : Male
Join date : 20/03/2014
Posts : 10
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum