8 TIPS untuk keluarga bahagia

View previous topic View next topic Go down

8 TIPS untuk keluarga bahagia

Post by Akhi Mustaqeem on Tue Jul 08, 2014 9:42 am


1. PUJI – Setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. PELUK – Pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. PENGHARGAAN – Amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.
4. PERHATIAN – Mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.
5. PERSEFAHAMAN – Memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.
6. PERGAULAN – Pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.
7. PERCUTIAN – Perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin.
8. PERMOHONAN – Doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.
avatar
Akhi Mustaqeem
Admin
Admin

Tolibul Ilm
Gender : Male
Join date : 11/03/2014
Location : Singapore
Posts : 76
Reputation : 0
Fan Club : Group Ahlul Sunnah

View user profile http://teamtazkirahplus.blogspot.sg/

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum