Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Kelebihan dan Fadhilat Rejab ?

Go down

Kelebihan dan Fadhilat Rejab ? Empty Kelebihan dan Fadhilat Rejab ?

Post by Akhi_Kemal Fri Apr 18, 2014 10:26 am

بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum wbt

Memandangkan isu fadhilat Rejab makin giat dihebohkan dalam laman sesawang...ana mengambil kesempatan utk tlong mencerahkan mana kawasan yang masih gelap.Mohon jika ada kesilapan dalam teks ni mohon diteguri deh  Razz 

Bulan Rejab merupakan salah satu antara 12 bulan dalam bulan2 Islam.Terdapat peristiwa2 besar seperti peristiwa peperangan Tabuk,pembukaan Al Quds dalam peristiwa peperangan salib dan juga Israk Mikraj.Tarikan hadis2 fadhilat yang telah menarik sejumlah manusia,khususnya di Nusantara ini untuk menggandakan ibadat mereka pada bulan ini jelas terlihat dari segi penjualan naskah2,buku2 dan juga teks2 berantai di laman media.Persoalannya...yang mana sahih ?

Bulan Rejab merupakan salah satu dari bulan 'Haram' di dalam Islam. Dalilnya terdapat didalam Firmah Allah swt didalam Surah Al-Taubah ayat 9: 
"Sesungguhnya bilangan bulan-bulan di sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah ditetapkan) dalam Kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan yang dihormati. Ketetapan yang demikian itu ialah agama yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu dalam bulan-bulan yang dihormati itu (dengan melanggar laranganNya) dan perangilah kaum kafir musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya dan ketahuilah sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang bertakwa."
Menurut Tafsir Jalalain, yg dimaksudkan dengan "diantaranya empat bulan yg di hormati" ialah: 
"Empat bulan Haram(Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab)"
Di dalam bulan ini,umat Islam diharamkan utk berperang kecuali jika diugut dan terdapat hari2 besar seperti hari Asyura dan juga hari dimana ibadah Haji dijalankan.

Berkenaan dgn fadhilat bulan Rejab,
Syeikh Attiyah Al-Saqr berpendapat bahawa hadis2 berkenaan fadhilat Rejab adalah kebanyakannya Maudhu dan Dhaif.Beliau berpendapat bahawa fadhilat bulan Rejab adalah bersamaan dgn bulan haram yang lain.

Berkata Al-Saqr lagi bahawa: 
"Amalan di dalam bulan Rejab adalah sebagaimana ganjarannya didalam bulan-bulan Haram, yg didalamnya terdapat puasa, SAMA sahaja(puasa) hari pertama atau pun hari akhir. 
Berkata Ibnu Hajar: 
'Sesungguhnya bagi bulan Rejab tidak terdapatnya hadis mengenai fadilat khas berpuasa, tidak terdapat yg Sahih atau Hasan"

pendapat ini disokong oleh Imam Suyuti dan imam Nawawi dan lain2 ulama

Antara hadis2 yang lazim disebarkan ialah:

"Sesungguhnya didalam syurga ada sebuah sungai yg dipanggil Rejab, warna airnya sangat putih dari susu, manisnya lebih manis dari madu, barangsiapa yg berpuasa sati hari dari bulan Rejab, maka Allah akan memberi ia minum dari sungai itu"(Dhaif)

"Barangsiapa berpuasa sehari didalam bulan Rejab seolah-olah dia berpuasa satu bulan, dan siapa yg berpuasa didalamnya 7 hari maka akan ditutup 7 pintu-pintu neraka, dan barangsiapa yg berpuasa 8 hari maka 8 pintu-pintu syurga akan terbuka, dan barangsiapa yg berpuasa setengah bulan Rejab maka akan disenangkan hisabnya"(Dhaif)

"Rejab bulan Allah. Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan umatku"(Palsu)

Terdapat beberapa lagi hadis2 palsu berkenaan fadhilat solat pada bulan Rejab dan juga menziarah kubur yang tiada nas2.Perlu dititik beratkan pendapat Syeikh Yusuf Qardhawi berkenaan fadhilat yang melampau ini.Pada beliau ganjaran-ganjaran yg dinyatakan didalam Hadis Palsu itu adalah sesuatu yg berlebih-lebihan. Ini merupakan satu pendustaan yg amat besar. Menurut beliau ganjaran sesuatu ibadat itu mestilah setimpal dengan bentuk ibadat itu sendiri 

Syeikh Muhammad Mutawali Al-Sya'rawi menjawab persoalan mengenai puasa-puasa sunat, beliau telah menyenaraikan 8 jenis puasa yg beliau sifat sebagai ibadat puasa yang mendekatkan diri kpd Allah
Puasa-puasa sunat

1. Hari Arafah (9 Zulhijjah kepada mereka yg tidak menunaikan Haji. 
2. Hari Asyura', disitu ada hari 9 atau mana-mana hari 9 atau 10 Muharam. 
3. 6 hari didalam bulan Syawal. 
4. Hari-hari Putih didalam bulan-bulan Arab (islam) iaitu :- hari13,14 dan 15. 
5. Berpuasa pada hari Isnin dan Khamis didalam setiap minggu. 
6. Berpuasa didalam bulan-bulan haram iaitu :- Zulkaedah, Zulhijjah, Muharam dan Rejab. 
7. Berpuasa mana-mana dari 9 hari dari bulan Zulhijjah, dari 1 hingga 9 Zulhijjah.
8. Berpuasa penuh didalam Sya'ban atau dengan banyaknya

Kesimpulannya...Bulan Rejab dibenarkan utk melakukan amal ibadah sunnat seperti puasa,tapi disarankan mengelak penggunaan hujjah dalil2 yang amat lemah seperti yg dikomentar oleh para fuqaha.Awasi dgn penyebaran teks2 dan dalil2 palsu.In Shaa Allah..amalan kita diterima Allah swt  Smile 

Wallahualam. sunny 

Rujukan: study 
Lujnah Fatwa Al-Azhar
Kitab Tabi'un Ajab fi Fadhail Rajab
Syarah Muslim (Imam Nawawi)
Al Maudhuat (Ibn Jauzi)
Akhi_Kemal
Akhi_Kemal
Global Mod
Global Mod

El Ghuraba
Gender : Male
Join date : 19/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum