Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

PBS UKUR POTENSI PELAJAR (HARIAN METRO)

Go down

PBS UKUR POTENSI PELAJAR (HARIAN METRO) Empty PBS UKUR POTENSI PELAJAR (HARIAN METRO)

Post by Akhi Amirul Ikmal Fri Mar 14, 2014 5:03 pm

PBS ukur potensi pelajar
Putrajaya: Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah bakal menyediakan maklumat lebih menyeluruh mengenai potensi pelajar yang akan membantu mereka membuat keputusan tepat dalam pemilihan aliran pendidikan di peringkat menengah atas.

Ia membabitkan empat komponen utama merangkumi akademik iaitu Pentaksiran Sekolah dan Pentaksiran Pusat serta bukan akademik meliputi Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) dan Pentaksiran Psikometrik.


Perincian penilaian pelajar ini akan memberi keputusan yang lebih kemas menerusi penyediaan laporan secara berasingan.

Pengarah Lembaga Peperiksaan (LP) Kementerian Pendidikan Dr Na’imah Ishak berkata, inisiatif yang dibangunkan hasil penambahbaikan Kementerian terhadap Penilaian Menengah Rendah (PMR) itu akan dilaksanakan 100 peratus melalui PBS yang menilai keupayaan pelajar tingkatan satu, dua dan tiga dalam keempat-empat komponen.

Katanya, segala aspek pengetahuan, kefahaman, kemahiran dan nilai pelajar akan ditaksir yang menjurus kepada profil, pencapaian, perkembangan serta penyertaan mereka.

“Sejak PMR diperkenalkan pada 1993, pelajar peringkat menengah rendah akan hanya diuji dengan peperiksaan pusat bagi beberapa mata pelajaran pada akhir tingkatan tiga yang dikendalikan sepenuhnya oleh LP.

“Pentaksiran ini bagaimanapun lebih berfokus apabila mulai kohort pelajar tingkatan satu 2012, pelbagai instrumen lain seperti tugasan bertulis, ujian amali, projek, persembahan, kajian kes dan lapangan serta demonstrasi selain ujian bertulis dan lisan akan turut diambil kira,” katanya.

Ujian bertulis dan lisan pertama membabitkan PBS Peringkat Menengah Rendah dijadualkan berlangsung pada Oktober manakala penilaian bagi pelbagai instrumen lain akan diadakan mulai April hingga Ogos ini.

Bagi Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, pelajar akan diuji secara bertulis dan lisan manakala mata pelajaran Sains, Matematik, Bahasa Cina, Bahasa Tamil, Bahasa Arab, Bahasa Iban dan Bahasa Kadazandusun hanya membabitkan ujian bertulis.

Mata pelajaran Sejarah, Geografi, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan, Pendidikan Jasmani dan Kesihatan, Pendidikan Seni Visual, Pendidikan Muzik, Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) dan Pendidikan Kesenian pula menguji pelajar menggunakan kepelbagaian instrumen lain.

Menurut Dr Na’imah, pelaksanaan PBS memberi autonomi kepada guru untuk melaksanakan pentaksiran formatif dan sumatif berasaskan sekolah khususnya bagi Pentaksiran Sekolah, PAJSK dan Pentaksiran Psikometrik selain mengiktiraf sumbangan guru dalam pencapaian pelajar.

“Hanya pernyataan keputusan Pentaksiran Pusat dikeluarkan LP, selebihnya oleh pihak sekolah kerana bagi kami di Kementerian, guru lebih mengenali anak didik masing-masing serta tahu corak pendidikan paling sesuai diberikan kepada mereka,” tambahnya.

Pentaksiran Pusat akan hanya dilaksanakan pada akhir tingkatan tiga sementara pentaksiran membabitkan tiga komponen lagi akan dilakukan pihak sekolah.

Mengulas lanjut beliau berkata, Kementerian sudah pun mewujudkan mekanisme jaminan kualiti untuk memastikan pelaksanaan PBS selaras matlamat ditetapkan.

Ia meliputi pementoran, pemantauan, penyelarasan dan pengesanan.
Akhi Amirul Ikmal
Akhi Amirul Ikmal
Global Mod
Global Mod

Daie Muda
Gender : Male
Join date : 14/03/2014
Location : Muar, Johor
Posts : 10
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum