Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Sombong Penghalang Masuk Syurga

Go down

Sombong Penghalang Masuk Syurga Empty Sombong Penghalang Masuk Syurga

Post by Akhinewbook Mon Mar 24, 2014 4:27 pm

Assalamualaikum w.b.t

Rasulullah telah mengingatkan betapa bahawanya sifat sombong,seperti mana yang dilaporkan oleh Abdullah bin Mas'ud r.a,Rasulullah s.a.w berkata,''Tidak masuk syurga sesiapa yang ada di dalam hatinya sedikit sifat sombong''.

Dalam al-Quran,surah al-Luqman ayat 18,Allah turut mengingatkan,''Dan janganlah Engkau memalingkan mukamu(kerana memandang rendah) kepada manusia dan janganlah engkau berjalan di bumi dengan berlagak sombong,sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang yang sombong,takbur lagi membangga kan diri''.

Dalam hadis lain daripada Bukhari dan Muslim,Rasulullah s.a.w berkata,''Mahukah kamu aku beritahu tentang penghuni syurga?Para sahabat menjawab,tentu wahai Rasulullah,lalu beliau berkata,Penghuni syurga adalah orang yang lemah lagi direndahkan oleh orang lain ,kalau dia berdoa kepada Allah,nescaya Allah akan kabulkan doanya.Mahukah aku beritahu kepada kamu tentang penghuni neraka?Para sahabat menjawab:tentu wahai Rasulullah,lalu beliau berkata,Penghuni neraka adalah orang yang keras kepala,berbuat sesuka hati,lagi sombong perangainya''
Akhinewbook
Akhinewbook

Daie Muda
Gender : Male
Join date : 24/03/2014
Location : Kuala Lumpur
Posts : 2
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum