Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Setiap Amalan Mestilah Ikhlas

Go down

Setiap Amalan Mestilah Ikhlas Empty Setiap Amalan Mestilah Ikhlas

Post by Akhinewbook Mon Mar 24, 2014 10:16 am

Assalamualaikum w.b.t 

Salah satu syarat sesuatu amalan itu diterima oleh Allah ialah ikhlas dalam melakukannya semata-mata kerana Allah S.W.T Tidak kerana manusia,mengejar perkara keduniaan,menunjuk-nunjuk atau sebagainya.Seorang yang tidak ikhlas dalam amalannya,maka segala amal ibadat yang dilakukan adalah sia-sia dan ditolak oleh Allah S.W.T.

Sifat tidak ikhlas dalam amalan atau berniat untuk menunjuk-nunjuk merupakan sifat orang munafik di mana mereka itu bersolat,berpuasa ataupun berjemaah semata-mata kerana takut dengan orang yang seterusnya memjadi gunting dalam lipatan .Sifat sebegini amat dibenci oleh Allah S.W.T.

Kesannya,kehidupan yang dilalui dipenuhi dengan keluh-kesah dan resah gelisah kerana tidak dirahmati oleh Allah.Oleh itu,seorang hamba perlu berusaha untuk meningkatkan keikhlasan diri dari semasa ke semasa.Mudah-mudahan ibadat yang dilakukan diterima oleh Allah dan kehidupan kita akan sentiasa diberkati-Nya.

Tiada siapa tahu seseorang itu ikhlas atau tidak dalam melakukan sesuatu ibadat itu kecuali Allah.Seseorang itu tidak boleh dinilai dari segi luaran kulit seperti pakaian yang dipakai.Mungkin,dari segi zahir,orang melihatnya sebagai seorang yang rajin beribadat,bersolat sunat,berpuasa sunat,berjubah dan berserban tapi hanya Allah S.W.T sahaja yang layak menilai.Ikhlas atau tidak hanya Allah saja yang Maha Mengetahui.

Firman Allah S.W.T,''Kami limpahkan pelbagai ihsan kepada rasul-rasul itu ialah kerana sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk dan taat kepada KAMI.''-Surah al-Anbiya':90

Menurut Aisyah r.a,beliau bertanya kepada Rasulullah S.a.w mengenai seorang lelaki pada zaman jahiliah bernama Ibnu Jud'an.Beliau seorang yang suka menjalinkan ikatan silaturahim dengan orang ramai dan suka menyedekahkan makanan kepada fakir miskin.Adakah dia mendapat sebarang pahala?Maka Rasulullah s.a.w menjawab bahawa perbuatan itu tidak akan mendatangkan manfaat kerana dia tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat.Dia juga tidak melakukan amalan yang disyariatkan untuk mendapat rahmat dan kasih sayang -Nya.Maka,bagaimana Allah mahu menerima amalannya itu?

Untuk memastikan ibadat itu diterima oleh Allah,seseorang itu perlu mengikut cara ibadat yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad s.a.w tanpa membuat sebarang tokok tambah ataupun pengurangan .Pengetahuan yang mendalam tentang Allah akan menambahkan lagi keikhlasan dalam beribadat.Kemudian disusuli pula dengan pengetahuan mengenai sunah nabi-Nya.Apabila pengetahuan mengenai sunah ini semakin mendalam,sama ada berbentuk perkataan,perbuatan mhupun pengakuan,maka semakin tinggi lah kecintaan dan keikhlasan dalam melakukan ibadat.
Akhinewbook
Akhinewbook

Daie Muda
Gender : Male
Join date : 24/03/2014
Location : Kuala Lumpur
Posts : 2
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum