Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Akidah aswj

Go down

Akidah aswj Empty Akidah aswj

Post by alFaqir Mizie786 Mon Mar 24, 2014 10:08 am

aqidah Ahli Sunnah Wal
Jamaah sebenar berdasarkan penyelidikan dan kajian
ilmiah yang tidak cenderung kepada mana-mana
fahaman atau idealogi yang batil selain hanya
berpaksikan dalil al-Quran, al-Hadith dan kesepakatan
ulama Islam sejak kurun Salaf (300 hijrah) sehingga ke
hari ini (Khalaf) yang mana mereka adalah golongan
Ahli Sunnah Wal Jamaah sebenar. Dalam kertas kerja
ini dimuatkan pegangan jumhur kebanyakan ulama dan
umat Islam yang menerima akal sebagai saksi
kebenaran wahyu. Dinyatakan juga beberapa golongan
yang perlu di awasi dan dijauhi kerana mereka
mempergunakan istilah Ahli Sunnah Wal Jamaah atau
istilah-istilah yang sepadan dengannya seperti Salaf,
Sufi dan sebagainya secara dusta mengaburi mata
masyarakat dan penuntut yang dahagakan kebenaran
dan ilmu sedangkan golongan Salaf dan Sufi yang
sebenar tidak berpegang dengan ajaran menyeleweng.
Kemungkinan dalam laman utama helaian nota ini
ketika membawa sesuatu fakta atau kenyataan ianya
tidak disertai dengan teks ayat al-Quran, al-Hadith,
nama ulama, nama kitab, teks asal atau terjemahan
tetapi dimuatkan panduan rujukan pada nota kaki bagi
memudahkan penerangan dan pembacaan. Sekiranya
ada pihak ingin melihat secara detail dan terperinci
maka bolehlah merujuk kepada nota kaki yang
disediakan dibawahnya sebagai rujukan asal. Semoga
Allah membuka hati setiap pencinta kebenaran agar
ditunjukkan yang al-Haq (benar) dijadikan ikutan dan
dipaparkan yang al-Batil (sesat) untuk dijauhi.
PENGERTIAN AQIDAH
Perkataan aqidah/akidah [1] berasal dari bahasa arab
iaitu daripada perkataan Al-‘Aqdu bererti: ikatan dan
simpulan yang kuat juga bererti pegangan, ketetapan
dan kepercayaan[2] . Maka apa yang dipegang dan
dipercaya dalam hati seseorang itu secara teguh
(jazam) ia dinamakan Aqidah.
Aqidah dari segi istilah syaraknya adalah beriman
dengan kepercayaan teguh dalam hati kepada Allah,
ketuhananNya, keesaanNya, kesempurnaan yang layak
bagiNya, kesucian dari penyerupaan makhlukNya dan
beriman dengan para malaikatNya, kitab-kitabNya,
para utusannya (Nabi&Rasul), hari akhirat dan beriman
dengan (qadr) ketentuan pada makhluk samaada baik
ataupun buruk [3] .
Selain nama al-I’tiqad dan al-‘Aqaid [4] bagi ilmu
berkaitan ilmu aqidah ini terdapat 5 nama yang seerti
dengan ilmu aqidah iaitu: 1- Tauhid[5] , 2- Iman[6] , 3-
Usuluddin [7] , 4- Sunnah [8] dan 5- Fiqhul Akbar [9] .
Dalam perkembangan ilmu sejak berzaman ilmu aqidah
juga dinamakan sebagai Ilmu Kalam [10] (mamduh)
yang dipuji oleh ulama Islam kerana membawa kepada
kebenaran islam dengan hujjah ‘aqli dan naqli. Ya,
sememangnya disana terdapat ilmu yang hampir sama
namanya iaitu Ilmu Kalam (mazmum) tetapi ia adalah
ilmu yang dicela oleh para ulama kerana tidak
menggunakan dalil yang betul serta tidak membawa
kepada kebenaran. Begitu juga ilmu aqidah ini
kekadang dinamakan dengan Ilmu al-Ilahiyyaat dan
sebagainya yang penting segala ilmu yang
menggunakan naqli (teks wahyu) dan ‘aqli (akal yang
sempurna) membawa kepada ketauhidan, keesaan dan
kebenaran Allah subhanahu wata’ala dan tidak
bercanggah dengan istilah agama yang diizinkan maka
ia boleh dilabelkan sebagai ilmu yang selari dengan
ilmu aqidah.
Aqidah juga dalam beberapa kenyataan diertikan
dengan makna kefahaman agama sama-ada salah atau
benar (Islam). Seperti kita mengatakan tentang sesuatu
fahaman itu sebagai aqidah Yahudi, aqidah Kristian,
aqidah Hindu dan sebagainya. Manakala apabila
disebut aqidah Islam bermaksud aqidah dan pegangan
yang dipersetujuan oleh Islam berdasarkan dalil dan
hujjah.
[1] Lebih tepat dieja dengan aqidah tetapi betul juga
dan tidak menjadi kesalahan jika dieja dengan a kidah.
[2] Rujuk Lisan al-‘Arab oleh Abu al-Fadl Jamaluddin
Ibnu Manzur wafat 711H pada perkataan (‘aqoda)
juzuk 3 m/s 295-300 cetakan Dar Sodir, Beirut
Lubnan, al-Qamus al-Muhit’ juzuk 1 m/s 327-328 dan
al-Mu’jam al-Wasit’ J 2 m/s 620-621
[3] Berdasarkan al-Hadith Jibril apabila ditanya tentang
iman. Riwayat Muslim.
[4] Seperti kitab Al-‘Itiqad karangan Imam al-Baihaqi.
[5] Kitab berjudl Al-Mukhtasar Fi Tauhid Wal Qadr
karangan Imam Abu Hasan Al-Asy’ary seperti yang
disenaraikan oleh beliau dalam kitabnya berjudul
Al-‘Amdu.
[6] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai kitab
berjudul Al-Iman. Rujuk Al-‘Amdu.
[7] Seperti kitab Usuluddin karangan Imam al-
Baghdadi.
[8] Hadith nabi yang bermaksud: “Sesiapa yang
menghidupkan sunnahku (aqidah&syariat) setelah
rosaknya umatku maka kepadanya pahala syahid”.
Riwayat Ibu ‘Asakir dan perkataan sunnah pada hadith
tersebut bererti aqidah.
[9] Kitab aqidah karangan Imam Abu Hanifah berjudul
Fiqhul Akbar.
[10] Imam Abu Hasan al-Asy’ary mempunyai buku
ketika beliau berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah
Wal Jamaah berjudul Istihsan Khaudh Fi ‘Ilmi Kalam
alFaqir Mizie786
alFaqir Mizie786

Hamba Faqir
Gender : Male
Join date : 20/03/2014
Posts : 10
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum