Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.

Lelaki soleh yang diajak untuk buat zina

Go down

Lelaki soleh yang diajak untuk buat zina Empty Lelaki soleh yang diajak untuk buat zina

Post by Ukhti Aishah Fri Mar 21, 2014 10:58 am

Lelaki soleh yang diajak untuk buat zina Blogger-image--764414039



Lelaki soleh yang diajak untuk buat zina Proxy?url=http%3A%2F%2F2.bp.blogspot.com%2F-cSGfqn1pN_M%2FTqPzDdGxXOI%2FAAAAAAAABI0%2FY92kuuovxzs%2Fs1600%2Fassalamualaikum



Ini adalah sebuah kisah yang amat popular di kalangan para ulamak dan habaib. Sebuah kisah yg walaupun telah lama diceritakan tetapi sampai kini tetap dikongskilan lagi oleh kerana dengan pengajaran yang terkandung cukup baik sekali buat umat junjungan Nabi Muhammad SAW ini. 


Sebuah kisah yang dapat mengajar erti ketakwaan dan keimanan. Semoga ia dapat memberi kite manfaat. 


Dikisahkan ada seorang lelaki pemuda yang sangat bertakwa yang duduk di Yaman. Pemuda ini bukan sahaja seorang yang soleh malah dia juga seorang yang sangat tampan. Setiap hari, dia akan pergi masjid untuk solat jemaah.


Sampai lah pada satu hari di mana Allah memberi satu ujian yang besar bagi dia. Selepas dia melalukan solat jemaah di masjid, dia terus jalan untuk pulang ke Rumah dia. Dalam perjalanan ke Rumahnya, dia terdengar seorang wanita memanggil dia. Dia lalu cari siapa yang memanggilnya dan melihat seorang wanita yang sangat cantik berdiri di depan halamah rumah wanita itu yang sedang memanggil


Dalam kebingungan, dia lalu hampiri wanita itu untuk mengatahui apa hajat wanita itu sebenarnya. Dia lalu bertanya kepada wanita itu. Wanita yang cantik itu jawab bahawa dia perlu satu bantuan di dalam Rumah dia.


Wanita itu lalu mengajak lelaki itu ke dalam rumahnya, konon ya nak minta tolong. Pada mulanya, lelaki itu berasa tidak selesa tetapi dia akhirnya pun masuk ke rumah wanita itu. 


Apabila saja lelaki itu jejak kakinya di dalam rumah wanita itu, wanita itu dengan cepat menutup dan kunci pintu rumahnya. Lelaki itu penuh dengan ketakutan lalu berkata apakah ini semua?


Wanita itu yang mulanya kelihatan baik berubah menjadi wanita yang jahat lalu berkata


"Marilah buat zina"


"Aku dari dulu sudah perhatikan kau. Kau sangat tampan orang nya. Aku suka dekat kau. Jom la"


Maka, Iman lelaki itu terusik. Godaan syaitan bermain di mindanya. Nafsunya yang awalnya sedang tidur terus gelora.


Tetapi dengan ketakwan, lelaki itu terus bantah permintaan tiket neraka itu dengan berkata


"Tidak. Sesungguhnya aku takut kepada Allah"


Wajah wanita yang tadi menggoda berubah menjadi marah.


"Jika kau bantah permintaan ku, maka aku teriak sekarang dan aku akan tuduh kau kepada orang kampung yang kau nak menperkosai aku!"


Hanya Allah yang tahu betapa beratnya dugaan ini. Fikiran dia penuh dalam dilema. Dia yakin jika wanita ini teriak, dia akan dihukum oleh orang kampung. Mereka akan lebih mendengar kepada kaum Hawa.


Hatinya tidak henti memohon pertolongan Rabbnya. Dia yakin bahawa Yang Maha Dekat tidak akan penah meninggalkan nya. 


Akhirnya Allah memberi dia petunjuk.


Lalu, Lelaki ini berkata.


"Baik lah saya akan tunaikan hajatmu itu. Tetapi saya hendak pergi ke tandas dulu. Boleh?"


Wanita itu dengan tersenyum lalu setuju.


Lelaki itu terus masuk ke tandas. Dan membuang hajat. Selepas itu, tanpa menyucikan dirinya dia terus mengambil najis tadi dan meletakkan seluruh di badannya. Sanggup kerana Allah.


Dia lalu keluar dengan keadaan yang sangat busuk lagi jijik. Maka wanita terus teriak apabila melihat keadaannya sedemekian.


"Eee! Apakah ni?! Busuk lah! Keluar dari Rumah aku sekarang juga!"


Seperti dirancangkan, lelaki itu dihalau  dalam penuh kehinaan. Tetapi baginya, ia adalah satu kebahagian kerana terselamat dari maksiat. 


Lelaki itu terus berlari menuju ke sungai. 
Lalu dibersih semua kotoran tadi, dia terus pulang ke rumah dia.


Jadi pada malam itu, seorang lelaki yang sangat tampan lagi berseri mukanya datang ke mimpinya. Wajahnya yang seperti bulan purnama sejuk bile dipandang. Tetapi tidak penah dia lihat. Siapakah? Dia lah Rasulullah SAW.


Sebuah pertemuan yang diimpikan oleh setiap perindu Rasulullah SAW. Lalu Rasulullah SAW menghampiri dia, dekat dan lagi dekat. Lalu baginda terus memeluk dia seeratnya. Kulit bersentuh kulit. Kekasih bertemu kekasih. 


Dia peluk Rasulullah seeratnya yang bahu baginda penuh dengan wangian kasturi.. Lalu menangis mereka. 


MashaAllah 


Ini lah anugerah dari Allah Ya Karim kepada hambaNya yang bertakwa dan apabila diuji mereka bersabar. Bukan ke bertemu dengan Baginda SAW adalah satu nikmat yang sangat besar? Allahu 


Semenjak hari itu,


Bau kasturi itu yang dari Rasulullah SAW tidak hilang dari tubuh lelaki itu. Malah, apabila dia berjalan ke satu tempat.. Bau itu tidak akan kekal selama beberapa hari. Semua orang di dalam bandar itu kenal sangat dengan lelaki dengan wangian nya.


Dan hingga lah akhir hayat lelaki itu, wangian itu masih hinggap di tubuh nya.


Allahu Akhbar 


Semoga kite diberikan keimanan seperti beliau. Walaupun muda, tetapi sangat takut kepada perintah dan larangan Allah.  


Sebelum saya nk menutup post ini, saya hendak kongsi sebuah hadis Rasulullah SAW


Iatu, lelaki atau wanita yang diajak Oleh seorang wanita atau lelaki yang sangat rupawan untuk melakukan zina. Lalu dia tolak dengan berkata "sesungguhnya aku takut kepada Allah."


Maka tempat nya di yaumal ma'sya bukan selain dari naungan arash Allah yang di mana ketika itu tidak ada naungan selain naungan Allah.


Allah semoga kami juga termasuk dalam 7 golongan itu. Ameen


Syukran kerana sudi membaca kisah ini. 
Semoga ia memberi manfaat buat kite semua. Ameen


- kisah ini telah dipetik dari Teamtazkirah blog
Ukhti Aishah
Ukhti Aishah
Admin
Admin

Mar'ah Solehah
Gender : Female
Join date : 11/03/2014
Posts : 14
Reputation : 0

Back to top Go down

Back to top

- Similar topics

 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum